Kalau aku taknak mencarut, aku nak hisap cerut.

*click utk penjelasan lanjut
Seriously, aku nak sula bontot dia. Boleh?

fatul suruh buat entry kelakar // Entry buat Kanda Fatul yang jauh di mata, dekat di hidung.

SALAM,

Haihhh tahu tak aku tengah bertarung dengan nyamuk kat lobi hotel ni? Bodoh pun ada jugak. Semata-mata nak update blog tercinta ni, sanggup aku duduk biar nyamuk hisap darah aku yg empuk (?) ni. Takpe, aku paham. Nyamuk pun ada nafsu. Tengok aku ni cun sangat, so nafsu menghisap dia up sikit. Apahal aku punya ayat macam kelucahan sikit ya? Abaikan lah.

Oh ya. Aku saja je nak cuba nasib masuk contest Abg Fatul kita yang menggoda sampai aku tergoda walaupun dia tak goda aku.

Al kisah ...

Aku rasa cerita paling kelakar dalam hidup aku selama lima belas tahun muda remaja ni adalah bila aku beriya-iya nak semayang raya 2009 sebab selama ni aku terbongkang tidurterbaring manja di rumah semasa orang semayang raya. Sebab tu duit raya aku sikit je. Bak kata orang, tak mendapat keberkataaaan.

Tapi yang itu belum kelakar lagi. Jangan gelak lagi.

Ini baru kelakar.

Gelak lah sekarang.

Ok ini aku tipu (tiru gaya penganjur menipu)

Yang kelakarnya, bila aku lupa bawak telekung lalu dengan seikhlas jiwa-raga-basikal-nenek-aku, mak-bapak-nenek-nenek-pakcik-makcik-sepupu-jiran-jiran-sekampung (kau power, baca dalam satu nafas je. boleh ke?) gelakkan aku dengan sekuat gelak. Sampai ada yang kena balik beli julap sebab nak buang air besar sebab kelakar sangat katanya. Ok tipu lagi. (tiru penganjur lagi)

Dah, gelak lah cepat.

Tak cukup lagi gelak?

Ok lah aku bagi lagi kelakar sikit lagi kan.

Sikit je.

Tak boleh banyak-banyak.

Nabi kata tak boleh ketawa banyak-banyak. Lebih afdol (bukan Akademi-Fantasia-dodol) kalau senyum sahaja.

Bagai melepaskan hajat di tepi belukar,
Baunya busuk melekat di seluar.

Sekian sahaja buat makluman anda semua. Dari saya, Kapal Karam Singing Halia, TVskrin42inci.

P/S : Fatul, kasi aku menang cepat. Penat aku promote kau ni.

Kalau telekung terbakar, mintak dengan aku :P


AHAHAHAH taubat Emon, taubat

I wont die for you, ill die with youuu (?)

Selain daripada mendapatkan 8A dalam PMR;

Selain daripada mendapatkan tempat sebagai seorang pelajar MRSM.

Selain daripada berjaya menjadi tentera laut.

Selain daripada mana-mana impian aku, ini yang aku akan dapatkan dulu ;


FISHEYE <3

Esok lusa, mungkin kamu akan melihat saya bergambar menggunakan kamera ini. ;)

Id want to be a beautiful miracle unbelievable instead of just invisible

SALAM,


Last night, aku layan 8TV Quickie. Ada dua mamat dari Gempakstarz (sentap gilaaaa baca post ni kat blog mereka) on the show.

Itu masih bukan isunya.

Sebenarnya sebelum tu, aku komen-komen dengan Emon pasal nak pegi ke tidak ke KL weekend ini. Then dia cakap dia tak boleh ikut aku atau lebih manis, temankan aku pegi Festival Komik Gempakstarz yang akan berlangsung Sabtu-Isnin minggu ini.

Seriously, aku kecewa gila. Itu hari masa Pesta Buku Antarabangsa pun aku tak dapat pegi. Itu aku tak boleh blame orang 100% sebab aku sendiri pun ada hal. Dan ini pula. Aku sangat-sangat kecewa. Sangat-sangat. Dah, sangat-sangat annoying pulak ulang banyak-banyak perkataan sangat-sangat. Okay Dean! Enough :p

Aku menangis malam tadi, hanya sebab aku tak dapat pegi. Ada tak sesape paham apa aku rasa? Bukan senang wey nak dapat peluang untuk jumpa idola kita. Dan bila dah ada peluang tu, aku tak dapat ambik. Kecewa. Aku tak boleh nak cakap macam mana hancurnya hati aku. Selain Emon, aku dah takde geng nak ajak pegi KL tu. Yeah, Ezaira ada ajak pegi Pavi yang kebetulan dekat sangat dengan tempat event tu, tapi aku tak boleh ikut dia. Dia kaya, pegi Pavi memang sesuai lah. Dan aku tak boleh get along sangat dengan Ezaira dan kawan-kawan time kat luar.

Takpelah. Takde rezeki kan. Menangis air mata darah pun dah tak guna.

Emon & Iyra, pasal lepak kat Starbucks tu maaf. Aku dah tawar hati pulak. Consider cancelled ya. Dan tak payah lah ajak aku pegi mana-mana ya? =')

Baby Zint, Keith and Ben; Sorry I tak boleh pegi jumpa korang. Tapi korang jangan risau. Tahun depan, I janji I pegi jumpa korang. I dah berazam untuk azam tahun baru 2010 (excited sangat ni, padahal 2009 pun belum tentu sempat habiskan) yang I akan dapatkan kertas graf untuk mintak autograph korang dan gambar kita bersama untuk lekat dekat dinding tandas bilik tidur I KITA. Auch sorry I tercerita pasal hal di bilik tidur pulak. ROFL

*jumpa gambar Keith je. Zint dengan Ben takdop -_____-"

** more info, visit Gempakstarz Website